CONTOH PANTUN MELAYU MEMINANG
Pucuk pauh ditepi permatang
buah berangan rasanya lazat
daripada jauh kami datang
datang dengan seribu hajat
buah beragan rasanya lazat
mari dibawa dari Rokan
kalau ada maksud dan hajat
nyawa dan badan kami serahkan
mari dibawa dari Rokan
berserta pula dengan halwa
jika nyawa badan serahkan
tidak terpisahkah jiwa dan raga
berserta pula dengan halwa
dengan ulam pucuk pegaga
jika tak berpisah jiwa dan raga
bagaimana kita nak masuk surga
————————————————————————————————————————-
Pantun untuk Meminang
Adat meminang dilakukan oleh pihak teruna setelah mendapatkan jawaban dari pihak si dara. Setelah itu, kedua belah pihak akan bermusyawarah untuk mengadakan prosesi peminangan. Hal-hal yang dibicarakan berkisar tentang hari peminangan (pertunangan), jumlah hantaran belanja, hadiah-hadiah, serta hari perkawinan.Pantun meminang dilantunkan dalam prosesi peminangan. Pantun ini berisi kehendak hati sang teruna untuk meminang si dara, yang disampaikan dalam prosesi peminangan oleh juru cakap mereka. Sebagaimana pantun untuk merisik, pantun yang dilantunkan dalam upacara meminang juga merupakan pantun berbalas. Isi dalam pantun untuk meminang ini hanya mencakup pantun yang dilantunkan saat kedatangan hingga lantunan pantun yang menyiratkan hasrat kehendak hati teruna untuk meminang si dara.
| 001. | Hilir air sungai landai Dalam pulak paras dada Bukan pulak menunjukkan cerdik pandai Kerana hendak menyambut adat lembaga |
|||
| 002. | Cantik memanjat pohon ara Nampaknya cantik berseri laman Besar hajat kami tidak terkira Hendak memetik bunga di taman |
|||
| 003. | Budak-budak memakai senglit Pergi ke kedai membeli timba Kalau tidak jalan berbelit Tadi-tadi saya dah tiba |
|||
Pantun itu kemudian dibalas oleh pihak si dara dengan menyambut kedatangan rombongan keluarga sang teruna seraya mempersilahkan mereka untuk masuk ke rumah.
| 004. | Katang-katang berisi manik Manik berisi hampas padi Encik-encik datang silalah naik Inilah air pembasuh kaki |
Pihak sang teruna akan membalas pantun tersebut dengan mengungkapkan kebaikan hati pihak si dara yang menyambut baik kedatangan mereka. Pihak si dara kemudian akan mempersilahkan duduk seraya berpantun:
| 005. | Dari pauh ke permatang Tetak tengar papan kemudi Dari jauh kami datang Mendengar tuan yang baik hati |
| 006. | Tatang puan tatang cerana Tatang biduk Seri Rama Datang tuan datanglah nyawa Jemputlah duduk bersama-sama |
Setelah itu, pantun berbalas akan dilantunkan hingga berakhir saat maksud dan kehendak hati sang teruna sudah tersampaikan.
Pihak lelaki: Pihak perempuan:
| 007. | Cerita pinang ceriti Cerana di atas papan Sirih kami sirih bererti Sukat makna baharulah makan |
| 008. | Saya tidak tahu berebana Selisih telunjuk bertelekan Saya tak tahu akan makna Sirih diunjuk saya makan |
Pihak lelaki: Pihak perempuan:
| 009. | Rumah besar alangnya besar Rumah Datuk Perdana Menteri Kalau tidak hajat yang besar Kami tidak sampai datang kemari |
|
| 010. | Orang mengambil siput dilubuk Airnya dalam banyak lintah Datang membaiki atap yang tembuk Hendak mengganti lantai yang patah |
| 011. | Rimba dibakar menanam padi Makan berulam buahnya petai Jikalau sudah tulus dan sudi Berbantalkan bandul bertikarkan lantai |
Pihak lelaki: Pihak perempuan:
| 012. | Dari paya turun ke lembah Petik pinang dipilih-pilih Saya sudah mohonkan sembah Adat meminang bertepak sirih |
| 013. | Teliti buah teliti Terletak mari di atas papan Tepak sirih sudah menanti Minta sudikan datuk makan |
Pihak lelaki: Pihak perempuan:
| Orang meracik burung tekukur Racik benang kait-mengait Sudikan datuk sirih sekapur Pinangnya mabuk tembakaunya pahit |
| 015. | Pohon lemba di tepi bukit Pokok pepaya di tepi jalan Baik makan barang sedikit Supaya jangan kecewa badan |
| 017. | Dalam air sungainya landai Habis hanyut sarang tempua Bukan saya menunjukkan pandai Saya khabarkan orang tua-tua |
Pihak lelaki: Pihak perempuan:
| 016. | Orang mengaji alif Orang membilang daripada satu Orang memanjat daripada pangkal |
Pihak lelaki: Pihak perempuan:
| 018. | Selilit pulau perca Selembang Tanah Melayu Sealam tanah Minangkabau Sebengkah tanah terbalik Sehelai akar yang putus Sejenang kuda berlari |
| 019. | Dah patah pokok kedondong Ditimpa pula pokok delima Titah datuk saya junjung Hukum yang baik saya terima |
| 021. | Bersusun sirih gagang berkembar Beratur-atur berbunga tanjung Melintang duduk gunung Rembau Sebagai napuh di hujung tanjung |
Pihak lelaki: Pihak perempuan:
| 020. | Orang menyungkur di Tanjung Jati Kuala Pilah darat Melaka Patah tumbuh hilang berganti Pusaka berpindah kepada kita |
Pihak lelaki:
| 022. | Asam kandis mari dihiris Manis sekali rasa isinya Dilihat manis dipandang manis Manis lagi hati budinya |

